Make your own free website on Tripod.com
BAHAGIAN III
PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT DAN KESELAMATAN

UNIT 9
SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN DAN MAKLUMAT

9.8 JAWAPAN LATIHAN PENILAIAN PEMAHAMAN

1. Lima peringkat dalam menyelesaikan masalah system maklumat ialah;
a. Kepintaran
b. Rekabentuk
c. Pilihan
d. Perlaksanaan
e. iPemantauan

2. Maksud Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) ialah koleksi bersepadu manusia, prosedur, pangkalan data dan peranti yang menyediakan pengurus dan pembuat keputusan dengan maklumat-maklumat berguna dan penting dalam membantu organisasi mencapai wawasan dan matlamatnya

3. Beberapa cirri biasa bagi Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) ialah;

a. Menyediakan laporan dengan format tetap dan standard
b. Menghasilkan laporan salinan tetap (hardcopy) dan salinan berelektronik (softcopy)
c. Menggunakan data dalaman yang disimpan dalam system computer
d. Membenarkan pengguna akhir membangunkan laporan mereka sendiri
e. memerlukan permintaan pengguna untuk membangunkan laporan oleh kakitangan system

4. Laporan hasil berkala atau di atas sebuah jadual, seperti setiap hari, minggu atau bulan merujuk kepada Laporan dijadualkan

5. Output utama MIS ialah koleksi laporan yang diagihkan kepada pengurus.

6. Sistem Maklumat Geografi (GIS) membekalkan data serantau di dalam grafik dan melaporkan bentuk.

7. Terdapat beberapa ciri-ciri Sistem Sokongan Keputusan (DSS) iaitu;

a. Mengendalikan jumlah data yang besar dari sumber yang berbeza
b. Membekalkan kelenturan (fleksibility) laporan dan persembahan
c. Menawarkan orientasi kedua-dua teks dan bergrafik
d. Menyokong analisis gerudi jatuh ke bawah
e. Mempersembahkan kerumitan, analisis canggih dan perbandingan yang menggunakan perisian lanjutan

8. Beberapa komponen utama Sistem Sokongan Keputusan (DSS) ialah;Beberapa komponen utama Sistem Sokongan Keputusan (DSS) ialah;

a. Pangkalan data
b. bahan asas model
c. pengurus perbualan
d. menhubungkan kepada sumber data luaran

9. Sistem Sokongan Keputusan Kumpulan (GDSS) atau system pekerjaan kerjasama berkomputer mengambil fungsi suatu DSS dan menambah perisian yang membolehkan penggunaan di dalam set kumpulan ke dalamnya. Ia biasanya dikenali sebagai groupware yang direkabentuk untuk membantu menyenaraikan pilihan keputusan lain dan mempersembahkan analisis data.

10. Sistem Sokongan Eksekutif (ESS biasanya digunakan oleh golongan pengurusan peringkat kanan.