Make your own free website on Tripod.com
BAHAGIAN II
KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIT 8
INTERNET DAN WEB

8.5 JAWAPAN LATIHAN PENILAIAN PEMAHAMAN

1. Internet adalah kumpulan atau jaringan dari jaringan computer yand ada di seluruh dunia. I bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat luas besar dimana setiap penduduk memiliki alamat (internet address) yang dapat dan boleh berkirim surat atau maklumat.

2. Terdapat dua pembekal utama internet tempatan di Malysia iaitu TMnet dan Jaring

3. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) ialah suatu protokol perhubungan popular yang kerap digunakan dengan rangkaian kawasan setempat

4. 2 Perbezaan LAN dan WAN

i. Rangkaian Liputan

LAN Rangkaian Kawasan Setempat iaitu terhad kepada batasan
geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah
bangunan, sekolah, pejabat atau kampus

WAN Rangkaian Kawasan Luas iaitu rangkaian yang menghubungkan
dengan dunia luar misalnya Malaysia dengan dunia luar

ii. Keupayaan

LAN hanya dapat menghubungkan sebilangan computer di dalam
kawasan yang terhad seperti di dalam kampus, di dalam sesebuah
bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan
komputer kerangka utama atau minikomputer
WAN berupaya menghubungkan universiti-universiti di Malaysia
dengan tempat-tempat lain di luar Negara seperti Amerika Syarikat

5. Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol) ialah perkhidmatan internet yang memindahkan fail. Banyak computer di internet yang membenarkan kita menyalin fail ke computer kita dan ini dipanggil pemuatan turun (download) serta menyalin fail daripada computer kita kepada computer di internet atau pemuatan naik (upload).
6. Gopher ialah aplikasi perisian yang menyediakan fungsi gelintar dan capaian
tapak computer tertentu berasaskan menu.

7. Electronik mail ialah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak
digunakan di internet seperti e-mail yang merupakan alat komunikasi yang paling murah dan cepat. Dengan menggunakan e-mail kita dapat berhubung dengan sesiapa saja yang mempunyai sambungan ke internet di seluruh dunia yang mempunyai alamat internet atau akaun e-mail dengan system yang disambung ke internet

8. Maksud Intranet ialah rangkaian persendirian dalam sesuatu organisasi yang
menyerupai internet. Ia mempunyai konsep seperti Internet awam, dimana intranet menggunakan penyemak imbas, tapak Web dan halaman web serta ia menyediakan kemudahan e-mail, senarai mel, kumpulan berita dan perkhidmatan FTP yang hanya boleh digunakan oleh pekerja dalam organisasi itu sahaja

9. Perbezaan diantara;

Internet ialah kumpulan atau jaringan dari jaringan computer yang ada
diseluruh dunia

Intranet ialah rangkaian persendirian yang menyambungkan organisasi-
organisasi

10. Tembok Api (firewall) ialah system keselamatan yang direkabentuk untuk mengawasi rangkaian organisasi daripada ancaman luar.


8.6 JAWAPAN AKTIVITI

1. Lima perkhidmatan internet yang boleh didapati pada masa kini

Telnet ialah perkhidmatan Internet yang membantu kita
menyambungkan kepada computer yang lain (hos) di internet
dan log kepada computer tersebut atau menjalankan aturcara dari
computer yang berjarak dekat

FTP Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol) ialah
perkhidmatan internet yang memindahkan fail.

Gopher ialah aplikasi perisian yang menyediakan fungsi gelintar
dan capaian tapak computer tertentu berasaskan menu

Web ialah antara muka multimedia yang wujud di internet

e-mail ialah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan
di internet . Dengan email data dikirim secara elektronik sehingga
sampai ti tujuan dengan sangat cepat dan ia dapat mengirimkan
file-file berupa program, gambar,grafik dan sebagainya

2. Beberapa jenis Tembok Api (firewall) yang sering digunakan beserta fungsinya

a. BP 600
b. BP 1200