Make your own free website on Tripod.com
BAHAGIAN I
PENGENALAN

UNIT 2
SISTEM MAKLUMAT DALAM ORGANISASI

2.5 LATIHAN PENILAIAN PEMAHAMAN

1. Organisasi merupakan entity social yang menuju kepada satu maklumat dan struktur system perlaksanaan aktiviti sesebuah organisasi tidak akan dapat berfungsi tanpa adanya manusia

2. Tujuan organisasi diwujudkan kerana ia adalah merupakan satu unit social yang
ditubuhkan untuk mencapai tujuan tertentu melalui pendekatan yang tersusun dan terancang

3. Budaya sesuatu organisasi adalah satu set kefahaman dan anggapan yang
dikongsikan oleh pekerjanya. Kefahamannya mungkin dalam bentuk
kepercayaan, nilai dan pendekatan pembuatan keputusan.

4. Ia memberikan faedah berpanjangan untuk sesuatu organisasi bagi menjamin
mutu dan keuntungan sesuatu organisasi untuk terus berdaya saing dan maju

5. Lima model untuk mencari dan memperolehi kelebihan dalam persaingan

i. bersaing dengan pesaing yang ada
ii. menghasilkan dan meneroka pasaran yang baru
iii. menukarganti pengeluaran dan perkhidmatan dengan produk gentian
iv. mempunyai kuasa pembeli
v. mempunyai kuasa pembekal

6. Tiga strategi yang diterimapakai dalam mendapatkan kelebihan dalam persaingan

i. mengubah dan meminda struktur industri
ii. mencipta dan menghasilkan pengeluaran dan perkhidmatan baru
iii. meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan sedia ada

7. Peringkat Semasa dalam perniagaan

i. Peringkat Pengurangan Kos dan Kegiataan Pengeluaran (1960-an)
ii. Peringkat Berorientasi kelebihan Persaingan (1980-an)
iii. Peringkat Berasaskan Prestasi (Semasa)

8. Sukatan atau Ukuran dalam menentukan prestasi sesuatu system maklumat

i. Return On Investment (ROI) – Pelaburan Kembali
ii. Net Present Value (NPV) – Nilai Penyampaian Bersih
iii. Total Cost of Ownership (TCO) – pertumbuhan perolehan

9. Chief Information Officer (CIO)
Ketua Pegawai MAklumat yang memastikan dan menguruskan jabatannya kearah
matlamat yang dapat membantu kejayaan kepada organisasi

10. Lima pekerjaan dalam bidang Sistem Maklumat

i. Juruanalisis Sistem
ii. Pengurus Web
iii. Pentadbir Pengkalan Data (Database Administrator)
iv. Pengaturcara
v. Pengurus Rangkaian